All Posts
Posted 2009-09-16 08:16 in BLOG BADAN PENGAWAS SMJK HWA LIAN MENTAKAB BENGKEL PENGURUSAN BADAN PENGAWAS Tarikh: 3 OKT 2009 (Sabtu) Masa: 8.00 am - 4.00 pm Tempat: MASA PROGRAM CATATAN 8.00 am Pendaftaran & Sarapan pagi Kehadiran Wajib Semua Exco Pengawas Dan Ketua Kumpulan 8.30 am Sesi 1 : Mesyuarat AJK Pengelola Kem Pengawas Junoir Pengerusi: Ketua Pengawas l Program Kem (terperinci) l Peralatan yang diperlukan l Anggaran Perbelanjaan l Surat menyurat, bahagi kumpulan, surat kebenaran, buku program dll 10.30 am Jamuan ringan 11.00 am Sesi 2 : Peranan Exco, Ketua Kumpulan & Perlembagaan Badan Pengawas Penceramah: En. Siew Kok Ming l Perlembagaan Badan Pengawas l Peranan dan tanggungjawab Exco dan Ketua Kumpulan Pengawas 1.00 tgh Makan Tengahari 2.00 pm Sesi 3 : Bengkel: Bagaimana menghadapi pelajar bermasalah Penceramah : En. Benjamin Kertas Kerja (Projek) l Bagaimana menangani masalah ponteng. l Bagaimana menangani masalah rambut. l Bagaimana menangani masalah pakaian tak lengkap. l Bagaimana menangani masalah pergaduhan. 4.00 pm Majlis Penutup l Penyampaian Sijil 4.15 pm Jamuan ringan Posted 2009-08-05 23:56 in Pendidikan Pencegahan Dadah Posted 2009-06-18 11:40 in Koay Yun Yun’s Blog This is an example of an iSchool-Blog page, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. You can create as many pages like this one or sub-pages as you like and manage all of your content inside of iSchool-Blog. Posted 2009-07-15 23:21 in Rome’s S-W-A-T Di Rom,sistem sosialnya dibahagikan kepada warganegara Rom,bukan warganegara Rom dan hamba.Warganegara Rom merupakan mereka yang terdiri daripada oang Rom dan bukan warganegara Rom pula ialah penduduk yang ditakluki. >>PENDUDUK ROM<< Posted 2009-08-01 00:59 in Tamadun Mesopotamia Posted 2009-07-16 20:49 in Tamadun Awal Asia Tenggara-P4C 1. Kerajaan agraria dan kerajaan maritim saling bergantung dan melengkapi antara satu sama lain. 2. Kerajaan agraria menjadi pembekal hasil pertanian dan hasil hutan kepada kerajaan maritim. a) Beras merupakan barangan dagangan utama antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim. Conyohnya, kerajaan Sailendra di Jawa Tengah yang mempunyai penduduk yang ramai serta sistem pertanian yang lebih baik mampu menghasilkan beras yang berlebihan untuk dibekalkan kepada kerajaan-kerajaan maritim. b) Bahan mentah seperti kayu yang baik juga amat diperlukan keraqjaan maritim untuk membina kapal. Ini boleh diperoleh di kawasan pedalaman kerajaan agraria, contohnya daripada kerajaan Pegu di Burma. c) Kerajaan maritim juga memerlukan binatang kenderaaan seperti gajah untuk dijadikan kenderaan raja. Ini boleh diperoleh dari kerajaan agraria di Burma dan Siam. d) Kerajaan agraria juga dapat membekalkan tenaga buruh yang mahir, contohnya tukang kayu dan tukang batu untuk kerajaan maritim. 3. Kerajaan agraria pada masa yang sama bergantung kepada kerajaan maritim untuk memperoleh barangan mewah dari kawasan luar seperti China dan India. a) Barangan mewah yang diperoleh itu menjadi sumber kekayaan dan keagungan kerajaan agraria. b) Antara barangan mewah yang popular di kalangan kerajaan agraria ialah tembikar China, telstil dari India dan China serta barangan gelas dan manik. Posted 2009-07-21 01:21 in Lye Yng Shin’s Blog Sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia adalah dalam seni bina, iaitu piramid. Jasa Imhotep yang paling besar ialah pembinaan piramid Sakkara. Piramid Sakkara ini merupakan piramid yang tertua dan binaan batu yang pertama di dunia. Piramid ini dibina untuk Firaun Djoser, iaitu firaun kedua pada dinasti ketiga. Pencapaian Mesir Purba memang terserlah dalam pembinaan tetapi yang lebih utama lagi ialah kemajuan pendidikan serta penggunaan kertas. Pencapaian ini merupakan hasil kepandaian orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil. Pokok papyrus ini banyak tumbuh di lembah Nil. Orang Mesir Purba telah meleperkan batang-batang pokok ini menjadi kepingan sehingga mereka dapat menulis di atasnya. Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, hieroglif. Hieroglif ialah tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan bergambar. Tulisan ini berkembang ke tulisan hieratik, tulisan berangkai. Pada tahun 700 S.M., tulisan hieratik ini berkembang ke tulisan demotik.
Keagungan tamadun Mesir Purba dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu. Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih. Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah melahirkan pengamal perubatan. Mereka ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba dan berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat. Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba. Dokumen Perubatan Mesir Purba Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan, dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini. Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung pada pengawalan aliran Sungai Nil yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba. Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri, dan astronomi telah digunakan sepenuhna dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun. Pemerintah Mesir Purba telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian. Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar. Kegemilangan sesuatu tamadun itu tidak akan dapat dinikmati dan diketahui oleh generasi akan datang sekiranya masyarakat Mesir Purba tidak meninggalkan warisann serta khazanah bangsanya untuk dikaji dan dipelajari. Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen, serta buku merupakan salah satu manifestasi kewujudan sebuah tamadun yang agung. Posted 2009-06-20 21:05 in Lim Mei Hoey’s Blog *Perkataan jahiliah berasal daripada perkataan Arab,jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. *Istilah ini digunakan oleh Islam untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh Islam dalam corak kehidupan dan pemikiran masyarakat. *Masyarakat Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab. *Tempoh zaman ini ialah selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w,iaitu lebih kurang 310 tahun(dari 300M hingga 610M) *Masyarakat arab ini digelar masyarakat Jahiliah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran nabi dan rasul. *Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat ini tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme. *kehidupan mereka kucar-kacir kerana pada masa itu tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan. Posted 2009-08-11 23:33 in Back To History! Marcus Tullius Cicero (3 Januari 106 SM – 7 Disember 43 SM) ialah ahli pidato dan negarawan Rom kuno yang secara umumnya dianggap sebagai pidato Latin dan ahli gaya prosa yang terutama. Cicero dilahirkan di Arpinum dan dibunuh di Formia ketika melarikan diri daripada musuh-musuh politiknya. “Bukannya tokok tambah”, Taylor menulis (seperti yang disebut dalam “Rujukan”), “untuk mengatakan bahawa era kehidupan awam Rom yang paling cemerlang dibawa oleh Cicero dan tutup pada kematiannya — beliau berdiri di tempat bermulanya dan mengikut kereta jenazahnya.” Tullii, keluarga Cicero, merupakan salah satu daripada ningrat tanah di Arpinum dan berasa geram terhadap kemasyhuran dan kekayaan keluarga Marii yang merupakan lagi sebuah keluarga Arpinum yang terutama.Sepanjang hayatnya, Cicero yang bersikap konservatif itu benci dibandingkan dengan Marius yang lebih masyhur. Nama “Cicero” berasal daripada perkataan cicer, perkatan bahasa Latin untuk “kacang kuda.” Plutarch menerangkan bahawa nama itu pada asalnya digunakan oleh seorang nenek moyang Cicero yang mempunyai rekahan pada hujung hidungnya dan yang kelihatan seakan-akan kacang kuda. Sebenarnya (Plutarch meneruskan), Cicero didesak untuk menukarkan nama yang memalukan itu ketika beliau menyertai politik, tetapi beliau enggan berbuat demikian. Posted 2009-08-07 11:30 in Eriko Wong Fong Sim’s Blog Khalifah Uthman bin Affan berasal daripada Bani Umaiyah. Beliau lahir pada tahun 576M.. Nama sebenarnya, Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah. Beliau terkenal sebagai hartawan yang dermawan, bersifat lemah lembut, bertolak ansur, dan mempunyai sikap simpati yang tinggi terhadap golongan yang memerlukan. Beliau digelarkan Zun Nurain (mempunyai dua cahaya) kerana pernah mengahwini dua orang puteri Nabi Muhammad s.a.w. selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia. Perlantikan Saidina Uthman bin Affan mejadi khalifah adalah melalui majlis syura. Sebelum Khalifah Umar bin al-Khattab meninggal dunia, enam orang calon yang layak telah dicadangkan termasuklah beliau dan Saidina Ali bin Abu Talib. Dalam mesyuarat yang telah diadakan selepas Khalifah Umar meninggal dunia, Saidina Ali dan Saidina Uthman telah mendapat undi yang sama banyak. Abdul Rahman bin Auf yang menjadi pengerusi mesyuarat telah meninjau pendapat orang ramai tentang isu tersebut. Akhirnya, dengan persetujuan orang ramai Saidina Uthman telah dilantik menjadi khalifah yang ketiga. Dari segi politik, Khalifah Uthman berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli. Beliau juga telah bertanggungjawab mengukukkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam yang di anggap sebagai yang pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Apabila agama Islam semakin tersebar luas, berlakulah kepelbagaian cara bacaan (qiraat) ayat al-Quran di pelbagai wilayah itu. Untuk meyelaraskan bacaan tersebut, Khalifah Uthman telah mengistiharkan sebuah naskah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani. Semasa pemerintahanya, Khalifah Uthman juga telah membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan para pengembara. Beliau telah meneruskan usaha mempertingkatkan ekonomi dengan mengukuhkan peranan baitulmal dengan menggunakannya untuk membiayai pembangunan negara dan juga memperkuat angkatan tentera laut Islam seperti membeli peralatan senjata dankapa. Jizjah yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam juga dikekalkan dan merupakan antara sumber pendapatan baitulmal.
BENGKEL PENGURUSAN BADAN PENGAWAS
Pertandingan Sudut PPDa Peringkat Kebangsaan

Pertandingan Sudut PPDa Peringkat Kebangsaan
Tarikh : 14 Ogos 2009 ( Jumaat )
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Perpustakaan SMJK Perempuan China
Pulau Pinang
About
Sistem Sosial

Perhubungan antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim
Perhubungan antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim ……
Sumbangan Tamadun Mesir Purba

Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada Firaun Djoser. 
Beliau telah memperkenalkan teknik penbinaan bangunan dengan menggunakan batu bata. Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan. Sehingga hari ini kejayaan mereka masih dikagumi. 
Pencipataan kertas telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa. 
Ilmu geometri, matematik, dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.
Buku serta catatan tentang perubatan ini telah ditemui di dalam amkam Diraun Khufu dan catatan tentang perubatan yang tertua yang telah ditemui adalah pada tahun 1600 S.M. yang telah disalin beberapa kali oleh para jurutulis diraja sejak zaman-berzaman. 
Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarka 12 bulan dalam setahun.
Masyarakat Arab Jahiliah
Masyarakat Arab Jahiliah
-Keruntuhan Empangan Maarib disebabkan oleh banjir besar dan kelalaian pemimpin Sabak untuk membaikinya semula.
-wahyu merupkan ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada nabi dan rasul melalui malaikat Jabril.
-Nabi merupakan orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri.
-Rasul merupakan orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan kepada orang ramai.
-s.a.w bermaksud Allah merahmati Nabi Muhammad.
Bahasa dan Kesusasteraan

Khalifah Uthman bin Affan

Recent Comments